Tuesday, September 1, 2009

SAHABAT

Dalam hidup ini aku perlukan sahabat. Bercakap pasal sahabat, susah nak dijangkakan kategori mana sahabat ku itu. Ada sahabat yang menikam daripada belakang, ada yang ok dan ada yang ko. Pendek kata mencari teman sejati tidak semudah memetik jari. Mencari kawan yang boleh sama-sama ketawa dan berduka sgt. sukar sekali.

Pada satu tahap, aku perlukan teman yang boleh menghiburkan. Pada ketika yang lain, aku perlukan teman yang boleh membantu. Pada tahap lain pula, aku perlukan teman yang boleh memberi tunjuk ajar dan membimbing. Tetapi....apabila sampai kepada satu tahap, aku perlukan seorang teman yang boleh sehidup semati dengan aku.

Tidak kira lelaki atau perempuan...aku sebenarnya sudah mempunyai beratus-ratus kenalan yang boleh dijadikan penghibur untuk menghilangkan kesunyian. Kawan yang beratus-ratus itu pula, tiada seorang pun yang dirasakan dapat memenuhi kehendak naluri ku.

Di mana-mana, dengan sifat ramah dan mudah mesra dapat mendekatkan diri aku dengan kawan. Tetapi aku masih lagi mencari teman yang rapat, paling mengerti dan memahami. Sebelum ini, memang aku mempunyai seorang sahabat, teman, kawan yang amat rapat dengan ku. Kehilangan sahabat ini membuat aku rasa begitu sedih kerana sesuatu yang istimewa yang ada pada dirinya. Sesuatu yang berharga buat hati dan jiwa ku. Biarlah dia menjadi kenangan dalam hidup ku...

Aku ingin mempunyai sahabat yang bersifat seperti berikut ;
  1. Jika aku berbakti kepadanya, dia akan melindungi aku.
  2. Jika aku rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan ku.
  3. Jika aku memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu aku.
  4. Jika aku menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  5. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada ku, dia akan menutupnya.
  6. Jika aku memerlukan bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  7. Jika aku berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanku.
  8. Jika datang bencana menimpa ku, dia akan meringankan kesusahanku.
  9. Jika aku dan dia berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  10. Dia mendorong aku mencapai kejayaan dunia akhirat.
"Seorang sahabat ialah orang yang menambah sukacita kita dan berkongsi kesedihan kita."

Tuesday, August 11, 2009

Book Store punya cerita

Pagi Sabtu 8 Ogos 2009 aku dan boy ke Berjaya Times Square. Awal pagi kami dah sampai...tak lah awal sangat...jam 10am gitu. Banyak lagi kedai yang belum buka. Aku dan boy pun gi sarapan dulu sementara menantikan kedai-kedai memulakan operasi.

Selepas breakfast aku pun memulakan langkah ku....apalagi yang ada dalam fikiran ku....macam biasa la nak window shopping. Nak intai-intai handbag, kasut and baju. Baru pusing-pusing dua tiga round....boy dah tanya kedai buku. Aku kata mana ada kedai buku kat sini. Boy lebih bijak. Dia terus cari directory .....alamak.....dia jumpa la..."Border Book Store".

Tanpa berlengah lagi...boy mengajak aku ke situ...adusssss...............terpaksa ku turut.....
Sampai aje di kedai buku...boy terus capai buku dan belek-belek. Dia siap berkata " buku ni ada kat Ipoh...buku ni tak der...mama bukannya tau...buku ni ada ke tak der...and bla...bla...bla..." Apa-apa jelah boy...asalkan kau gumbira...
Lama jugalah aku dan boy di kedai buku...at last aku pun suruh dia pilih 1 yang berkenan. Wah senyum lebar dia. Selagi tak cakap macam tu...sampai malam pun sanggup dia duduk di kedai tu. Aku yang letih dibuatnya.

Akhirnya setelah dapat green light daripada aku, boy memilih buku bertajuk "In The Dark" tulisan Mark Billingham. Boy pegang-pegang dan belek-belek lagi buku-buku lain yang menjadi pilihannya. I said "NO". Hemmm...mencuka mukanya. Tapi aku berjanji dengan boy boleh beli 1 kedai buku after SPM.Selepas boy dapat buku ni...terus dia ajak aku balik. Katanya dah tak larat nak jalan lagi. Ok lah aku pun sebenarnya dah tak larat nak jalan. Kami pun balik ke bilik kami yang berhampiran dengan berjaya Times Square. Aku gembira kerana boy minat sangat membaca.

Sunday, July 5, 2009

Che Esah Birthday

Malam tadi aku dan family dijemput menghadiri majlis hari lahir anak Dotty yang sulung iaitu Aisyah. Aku panggil birthday girl ni che esah je....Che Esah dilahirkan pada 07.07.07. Majlis Hari Lahir Che Esah diadakan di Hill City. Ramai jugalah kawan-kawan dan sanak saudara dotty yang datang. Che Esah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 2. Wah...bukan main lagi anak dara dotty...apabila dengar je muzik...terus menari. Mana taknya...like mother like daughter. Suzi and Cik Ar tak dapat datang sebab masing-masing ada urusan yang lebih penting.

Cutie little girl Che Esah doing aerobic routine...hahaha....


Che Esah with her mum.

Che Esah's great grandparent

Che Esah with her opah



Izman, Ana and Dina(Che Esah's aunty)

Me and Shima...we hv a nice chit chat that nite and bla...bla...

Ani and Noni

Thursday, June 18, 2009

Hasil Karya Anak Didik

Hari ini pukul 10.05 minit pagi aku telah masuk ke kelas 1 Delima menggantikan guru yang tidak hadir. Aku diarahkan berada di kelas itu selama 30 minit sahaja. Waktu tu kelas muzik. Kebetulan pada masa tu aku membawa banyak kertas kosong. Aku pun memberi kertas-kertas itu kepada murid-murid.
Wah...apa lagi...murid seronok la dapat kertas. Mereka pun menulis nama pada kertas itu. Selepas itu, aku menyuruh mereka meletakkan pensel di atas meja. Duduk tegak dan dengar arahan. Aku pun bersoal jawab dengan mereka tentang kartun yang mereka minati. Apa lagi...macam- macam nama kartun yang keluar dari mulut mereka.
Memang mereka seronok bercerita tentang tajuk itu. Tanpa berlengah lagi aku menyuruh mereka melukis gambar kartun yang mereka minati. Nah, hasilnya boleh lihat gambar-gambar di bawah.











Tanam Pokok Bunga

Air pasang pagi.....surut pukul 5
nyonya bangun pagi tanam pokok bunga...
pokok bunga melur tanam tepi kolam....

Teringat masa dulu-dulu suka sangat nyanyi lagu ni....Tanam pokok bunga? hemmm...kesian pada pokok yang dah lama ku biarkan di dalam pasu. Dah semakin kering dan layu. Cuti sekolah dua minggu ku isikan masa dengan menanam semula pokok bunga yang baru. Hobi lama yang telah ditinggalkan. Aku ke kedai membeli tanah dan mencari beberapa pokok bunga yang baru. Pilihanku harum sundal malam, melur, lidah jin dan ros jepun. Semua jenis yang tahan panas.

Sampai di rumah operasi pun bermula. Aku alihkan semua pasu dan ku buang pokok yang sudah layu. Basuh semula pasu dan tanam pokok-pokok yang baru dibeli. Hemmm....sakit juga pinggang dibuatnya. Almaklum dah lama tak buat kerja-kerja berat ni.....Baru tanam lima enam pasu dah nak patah pinggang. Setelah siap semua kerja, aku susun semula pasu-pasu di tepi dinding. Kejap alih sana...kejap alih sini...nampak macam tak kena aje susunan tu...


Tak tau lah apa nama pokok bunga ni.


Yang ini ros jepun warna kuning


Pokok Harum Sundal Malam...huhuhu....


Susunan yang kureng nampaknya....


Boleh tahan aje....

Wednesday, June 17, 2009

Capricorn and Aquarius

Hari ni terpikir tentang kehidupan yang aku lalui bersama si dia. Pejam celik dah hampir 17 tahun. Lama juga ek.

The relationship between a Capricorn and an Aquarius can be very sweet or very sour. They have contrasting qualities that can turn the love match either of the two ways, either they would complement each other beautifully or clash throughout their life. A lover of rules and regulations, a Capricornian lives by the tick of the clock. He loves to make rules and implement them, while for an Aquarian, rules are meant to be broken. The former is practical, impartial, hardworking and firm, the latter relaxed and carefree.
For a Capricorn, life needs to be led in an organized and routine manner. On the other hand, mundane activities bore an Aquarius and he wants to do everything differently. A Capricornian may often try to direct the mystical mind of the Aquarius to a particular direction, but would fail almost every time. The Water Bearer would hate the domination of the Goat, but find solace in his support. In fact, he will be relieved to find someone who will help him take care of his personal matters.
Capricorn Man & Aquarius Woman
Though, initially, the relationship between a Capricorn man and an Aquarius woman would work wonders, the infatuation would be short-lived. The match would require a lot of compromises at both the ends, if the compatibility has to be carried forward to the future. She is of the independent sorts and a free bird by nature. He, on the other hand, is a man who lives by his set of rules. The nature of the duo is completely opposite each other. However, she would appreciate his sheer will and determination to get what he wants and he would like her self confidence and creativity. Still, to make this relationship work, a lot of effort would be required.
Ermmmm....ya ke?

Thursday, May 28, 2009

LDP Membina Soalan Interaktif (SAL)


Peserta kursus begitu ceria dan memberikan komitmen yang baik semasa bengkel slot yang kedua. En. Shamsul sampai terlupa perlawanan futsal yang akan disertainya pada hari yang sama...sehingga kami terpaksa menghalaunya supaya pasukan SKTD menjuarai perlawanan pada hari itu.

En. Megat Azizan sebagai Fasilitator LDP bersemangat memberikan penerangan kepada peserta kursus.

Puan Hjh. Kamariah menyampaikan Ucapan Perasmian LDP Membina Soalan Interaktif pada 23 Mei 2009 bertempat di Makmal Komputer SKTD.

Monday, May 18, 2009

Futsal on Sunday Morning


Cik Ana posing maut.....


Sesekali berpeluang turun ke gelanggang membuatkan geng aroma fitness lupa diri. Hari tu dapat sorang member baru...ntah ler tak tau nama pulak...we all call her lawyer. Orangnya memang terror main futsal membuatkan cik ana kita bertambah gerun...huhuhu....Penat main futsal..main bola baling pulak..lepas tu main bola beracun..apa punya idea la.....

Tuesday, April 28, 2009

COLOURS OF KINTA NITE 08


Dinner at Heritage Hotel Ipoh - Colours of Kinta Nite '08
PKFD Kinta - 12 Midnite Celebration.

AEROBIC KIDS







Permata SKTD sebelum membuat persembahan senamrobik
sempena sukan tahunan SKTD 2009. Ceria, sihat dan hebat permata SKTD.

Sunday, April 26, 2009

MY AEROBIC TEAM



Picnic la...apa lagi...after 2 hours non stop doing aerobic. Lapar maa.....


Aerobic Team from Aroma Fitness menyertai Aerobicthon pada 21 Februari 2009 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz anjuran DBI. Awal pagi jam 6.50 pagi team kami dah berkumpul dan
bersemangat untuk bertanding.

LINE DANCE MEMBERS















Kumpulan Line Dance membuat persembahan di
Kinta City Ipoh sempena Kiwanis Charity 2009.