Tuesday, August 11, 2009

Book Store punya cerita

Pagi Sabtu 8 Ogos 2009 aku dan boy ke Berjaya Times Square. Awal pagi kami dah sampai...tak lah awal sangat...jam 10am gitu. Banyak lagi kedai yang belum buka. Aku dan boy pun gi sarapan dulu sementara menantikan kedai-kedai memulakan operasi.

Selepas breakfast aku pun memulakan langkah ku....apalagi yang ada dalam fikiran ku....macam biasa la nak window shopping. Nak intai-intai handbag, kasut and baju. Baru pusing-pusing dua tiga round....boy dah tanya kedai buku. Aku kata mana ada kedai buku kat sini. Boy lebih bijak. Dia terus cari directory .....alamak.....dia jumpa la..."Border Book Store".

Tanpa berlengah lagi...boy mengajak aku ke situ...adusssss...............terpaksa ku turut.....
Sampai aje di kedai buku...boy terus capai buku dan belek-belek. Dia siap berkata " buku ni ada kat Ipoh...buku ni tak der...mama bukannya tau...buku ni ada ke tak der...and bla...bla...bla..." Apa-apa jelah boy...asalkan kau gumbira...
Lama jugalah aku dan boy di kedai buku...at last aku pun suruh dia pilih 1 yang berkenan. Wah senyum lebar dia. Selagi tak cakap macam tu...sampai malam pun sanggup dia duduk di kedai tu. Aku yang letih dibuatnya.

Akhirnya setelah dapat green light daripada aku, boy memilih buku bertajuk "In The Dark" tulisan Mark Billingham. Boy pegang-pegang dan belek-belek lagi buku-buku lain yang menjadi pilihannya. I said "NO". Hemmm...mencuka mukanya. Tapi aku berjanji dengan boy boleh beli 1 kedai buku after SPM.Selepas boy dapat buku ni...terus dia ajak aku balik. Katanya dah tak larat nak jalan lagi. Ok lah aku pun sebenarnya dah tak larat nak jalan. Kami pun balik ke bilik kami yang berhampiran dengan berjaya Times Square. Aku gembira kerana boy minat sangat membaca.

2 comments:

  1. Boy tak mintak ker novel A.Samad Said ker..Usman Awang ker..Dr Ridhwan Anwar ker

    ReplyDelete