Wah...apa lagi...murid seronok la dapat kertas. Mereka pun menulis nama pada kertas itu. Selepas itu, aku menyuruh mereka meletakkan pensel di atas meja. Duduk tegak dan dengar arahan. Aku pun bersoal jawab dengan mereka tentang kartun yang mereka minati. Apa lagi...macam- macam nama kartun yang keluar dari mulut mereka.
Memang mereka seronok bercerita tentang tajuk itu. Tanpa berlengah lagi aku menyuruh mereka melukis gambar kartun yang mereka minati. Nah, hasilnya boleh lihat gambar-gambar di bawah.
No comments:
Post a Comment