Tuesday, September 1, 2009

SAHABAT

Dalam hidup ini aku perlukan sahabat. Bercakap pasal sahabat, susah nak dijangkakan kategori mana sahabat ku itu. Ada sahabat yang menikam daripada belakang, ada yang ok dan ada yang ko. Pendek kata mencari teman sejati tidak semudah memetik jari. Mencari kawan yang boleh sama-sama ketawa dan berduka sgt. sukar sekali.

Pada satu tahap, aku perlukan teman yang boleh menghiburkan. Pada ketika yang lain, aku perlukan teman yang boleh membantu. Pada tahap lain pula, aku perlukan teman yang boleh memberi tunjuk ajar dan membimbing. Tetapi....apabila sampai kepada satu tahap, aku perlukan seorang teman yang boleh sehidup semati dengan aku.

Tidak kira lelaki atau perempuan...aku sebenarnya sudah mempunyai beratus-ratus kenalan yang boleh dijadikan penghibur untuk menghilangkan kesunyian. Kawan yang beratus-ratus itu pula, tiada seorang pun yang dirasakan dapat memenuhi kehendak naluri ku.

Di mana-mana, dengan sifat ramah dan mudah mesra dapat mendekatkan diri aku dengan kawan. Tetapi aku masih lagi mencari teman yang rapat, paling mengerti dan memahami. Sebelum ini, memang aku mempunyai seorang sahabat, teman, kawan yang amat rapat dengan ku. Kehilangan sahabat ini membuat aku rasa begitu sedih kerana sesuatu yang istimewa yang ada pada dirinya. Sesuatu yang berharga buat hati dan jiwa ku. Biarlah dia menjadi kenangan dalam hidup ku...

Aku ingin mempunyai sahabat yang bersifat seperti berikut ;
  1. Jika aku berbakti kepadanya, dia akan melindungi aku.
  2. Jika aku rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan ku.
  3. Jika aku memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu aku.
  4. Jika aku menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  5. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada ku, dia akan menutupnya.
  6. Jika aku memerlukan bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  7. Jika aku berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanku.
  8. Jika datang bencana menimpa ku, dia akan meringankan kesusahanku.
  9. Jika aku dan dia berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  10. Dia mendorong aku mencapai kejayaan dunia akhirat.
"Seorang sahabat ialah orang yang menambah sukacita kita dan berkongsi kesedihan kita."

3 comments:

  1. teman sehidup semati bernama En A... hehhehe

    ReplyDelete
  2. kalao la dpt jpe y mcmtu ,mst srnok =)
    tp susa..

    ReplyDelete